Post2Ads merupakan media pengiklanan yang diedarkan secara PERCUMA kepada orang ramai di sekitar kawasan Lembah Klang. Media iklan terbitan AMIRADA TRILATERAL RESOURCES ini merupakan satu wadah untuk membantu usahawan menyebarkan maklumat dan informasi mengenai perniagaan mereka kepada pelanggan sasaran.

Buat julung kalinya, Post2ads diterbitkan pada bulan Januari 2010 dengan tajaan dari beberapa syarikat seperti Akademi Potensi Diri, Rabbani Travel, Harmony Excellence, Gajet2u dan banyak lagi.

Dengan harga yang teramat rendah di pasaran, pihak Post2ads mengharapkan lebih ramai usahawan atau peniaga menyedari kepentingan iklan dalam perniagaan sebagaimana yang belaku di negara barat dan negara-negara maju di dunia.

Amirada PublicTrilateral Resources merupakan penerbit naskah iklan percuma Post 2 Ads menawarkan ruang iklan dengan harga yang kompetetif. Untuk keluaran ke 10 hingga 12 bagi tahun 2012,  naskah iklan ini akan dikeluarkan sebulan sekali dan dengan cetakan 150,000 naskah sebulan sehingga hujung tahun ini.

Sehubungan dengan itu, kami menawarkan ruang iklan dengan harga pakej RM1899 sahaja untuk setiap 3 keluaran kepada mana-mana usahawan atau pemilik perniagaan yang ingin mempromosikan produk atau servis yang dijalankan.

Dengan pakej ini, pengiklan akan mendapat 150,000 naskah cetakan setiap bulan selama tiga bulan iaitu 450,000 naskah cetakan dengan nilai pakej yang di tawarkan oleh pihak kami.


This entry was posted on . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

Leave a Reply